Peluet Uman Tuta'

Tahun 2015 datang dengan suatu tamparan buat LKT.


Suara Tuhan telah lama ada, cuma Ia dikaburi oleh identiti yang ingin ditonjolkannya dan bukan seperti yang dinyatakan Firman.


LKT bersalah kerana memikirkan bahawa lebu’ memiliki kekuatan dalaman tersendiri, mempunyai keunikan dan kelebihan yang tidak bertandingan.


Secara kasar dari luar mengikut sejarah dan peristiwa masa lalu, memang ada benarnya lebu’ diberi sentuhan oleh Yang Maha Kuasa untuk berada di hadapan. Cerita cerita orang tua mengenai ‘hebat’ dan ‘kuat’nya lebu’ selalu memberi kesan bangga kepada jiwa anak anak. Inilah yang telah lama tertanam dan berakar. Rupa-rupanya ini adalah suatu penyimpangan. Penyimpangan meninggi diri. Pembelokan memegah diri. Menganggap lebu’ lebih tinggi. Memandang kita lebih istimewa dari yang lain. Bahayanya sikap ini apabila terbawa ke peringkat memencil diri dan mengucil orang lain dalam hal pengongsian dan serba serbi hanya kerana ingin mengekal status quo yang sebetulnya wujud di fikiran semata.


Satu perkara yang LKT sedar salah dan ternyata salah adalah dalam hal pengekalan tradisi yang bukan saja berkait dengan amalan budaya dan cara datuk nenek dahulu kala hidup dan memperaga diri.


Mereka hidup dikongkong kepercayaan bahawa ada ‘balei’ (spirit / roh) yang bersama mereka. Roh roh ini mengawal dan menguasai rutin seharian mereka sehingga gerak geri, perjalanan serta kegiatan mereka ditentukan oleh roh-roh ini. Burung-burung, binatang serta mimpi-mimpi adalah perantara yang menghantar mesej tentang apa yang tidak boleh dilakukan mereka (lebih dari apa yang boleh dilakukan).


Pengetahuan tentang Yesus dan Roh Kudus belum ada.


Kita turut maklum bahawa produktiviti dan penghasilan keluarga adalah sangat minima.

Tetapi kasih anugerah Tuhan turut menjangkau kita. Tiada pilih kasih. Tidak sepatutnya timbul istilah istimewa apabila injil tiba di kalangan kita atau dibawa sebar oleh orang orang tua kita. Itu sebetulnya rancangan penyelamatan Tuhan.


Dengan arus gerakan dan pekerjaan Roh Allah itu, Tuhan berbicara tentang memakai yang baru dan menghapuskan yang lama. ‘Balei’ (roh jahat) disingkirkan termasuk membuang, menghilang serta membakar segala sesuatu yang berkait dengannya. Ajaran waktu itu adalah memberhentikan tatu (betik), tiada lagi kalung (ukiran motif tradisi), tiada sireh (sepaq) dan sugi, buang azimat (taban), hentikan tradisi lisan (ketenaq), buang manik lama (inuq pu’un) dan tembikar ukiran naga (tajeu naga), memelihara hari minggu (hari perhentian – sabat), hentikan percakapan menyumpah dan mengutuk, larangan pumung nyelem dan sebagainya.


Lebu’ mulai membuang yang lama mereka pakai. Semua yang di atas mereka tinggalkan. Mereka gantikan dengan yang baru sesuai dengan Firman.


Jika Roh Allah melalui Firman itu membebaskan kita dari yang lama supaya kita ada hidup baru di dalam Tuhan, lalu bagaimana pula kita berjinak jinak kembali dengannya?


Inilah tamparan itu.


Inilah ajaran itu.


Inilah amaran itu.


Lakukan penelitian kembali. Kita sedang berpatah balik menuju yang lama. Tanda bahaya diangkat tinggi oleh Tuhan.


Jalanmu bukanlah jalanku”, kata Tuhan.


Mari kita berseru kepadanya selama Ia berkenan menyahut kita untuk berada di jalanNya.

 

LKT

Members Area

Ahli (Rawak)

Recent Forum Posts 

Photo Gallery

Video

No recent videos
Thank you for contacting us. We will get back to you as soon as possible
Oops. An error occurred.
Click here to try again.