Undi Pos

Pemilihan wakil Tua Kampung lebu’ kulit pada 3 Meri 2015 baru baru ini saya tidak sertai. Bukan kerana tidak mahu mengundi tetapi kerana tidak dapat mengundi.


Saya tahu beberapa orang yang tidak dapat mengundi kerana tidak dapat balik kampung turut merasa kesal kerana tidak dapat menyertai acara pengundian tersebut.


Dan itu disebabkan kerana undi pos tidak dipersetujui oleh pemimpin lebu’.


Keputusan itu sekaligus mengabaikan undian ratusan orang yang di luar kampung tetapi masih memikir diri mereka sebagai ahli kampung lebu’ kulit.


Jika input dan undian mereka tidak boleh dikira daripada luar, maka mereka juga boleh merasa tidak mempunyai sebarang sumbangan bererti untuk menentukan corak dan hala tuju masa depan lebu’ kulit, khususnya dalam hal kepimpinan lebu’.


Masalah lebu’ waktu ini adalah kerana banyak orang telah keluar dari kampung oleh kerana karier ataupun kerana persekolahan. Itu walaubagaimanapun tidak sepatutnya menjadikan mereka ahli kelas dua atau diabaikan dalam hal hal seperti ini.


Dengan tiada usaha atau pertimbangan untuk mengiktiraf suara ahli yang diluar kampung dalam urusan pemilihan pemimpin, maka isu hubungan antara kampung dengan anak anak kampung yang di luar kampung akan terbiar, terurai dan saya khuatir akan putus.


Dalam mana mana hubungan, pihak pihak yang bertalian mempunyai peranan untuk berinteraksi secara berkesan.


Dalam kes baru baru ini kita telah membuat cadangan untuk mengadakan pemilihan secara unidan pos bagi ahli kampung yang tidak dapat balik kampung. Ia telah ditolak sekaligus menggambarkan pihak lebu’ di kampung tidak peka terhadap perkembangan zaman dan kepentingan sumbangan generasi baru yang rata-ratanya berada di luar kampung. Ini suatu keputusan yang saya kira tidak akan membawa kemajuan dalam hubungan dua hala.


Pemimpin lebu’ mensyaratkan supaya unidan harus dilakukan di kampung sahaja, dan sesiapa yang berniat untuk mengundi mesti balik kampung untuk mengundi.


Ini suatu syarat yang bila diteliti agak sukar untuk dipatuhi kerana melibatkan kos dan masa yang terpaksa dikorbankan. Itu sebabnya banyak orang tidak mengundi.


Saya kira untuk masa ke depan, tidak salah untuk pempimpin lebu’ menggunakan pendekatan baru untuk menjangkau, berkongsi, mengiktiraf serta menggalakkan penyertaan ahli ahli di luar kampung untuk mengundi – secara pos.


Mekanisma undian pos ini boleh dikemaskan untuk menjadikannya telus dan berkesan.

Walaubagaimanapun, undian telah dijalankan dan keputusan telah diketahui. Cuma yang masih menjadi pertanyaan adalah – apakah peratusan undian? Adakah suara yang dikumpulkan di kampung itu adalah sebenarnya mencerminkan keseluruhan suara lebu’ kulit? 


Yang jelasnya, suara ahli yang di luar kampung tidak akan dapat diketahui kerana mereka tidak dapat mengepos undi mereka. Oleh itu, masih wujud persoalan tentang ‘comprehensiveness’ suara lebu’ dalam hal ini.


Renungkan.

Members Area

Ahli (Rawak)

Recent Forum Posts 

Photo Gallery

Video

No recent videos
Thank you for contacting us. We will get back to you as soon as possible
Oops. An error occurred.
Click here to try again.