Firman Untuk 2015


Dau keleme, 9 Disember, 2015

 

  

Saya mengikuti retret keluarga jemaat SIB Kovenan Bintulu dari 5 – 8 Januari 2015 di Similajau NP dengan mendiami Chalet 1 untuk RM150 per malam.

 

Tujuannya satu : berpuasa dan membaca Alkitab – seluruh perjanjian baru (dari Matius hingga ke Wahyu) dan sebahagian Perjanjian Lama (dari 1 Samuel hingga ke Mazmur).

 

Betapa indah, kuat dan dalamnya pengetahuan dan pengenalan akan Tuhan bila membaca, mendalami serta mengenali ‘siapa’ yang menginspirasikan penulisan penulisan Alkitab.

 

Betapa ajaibnya penjilidannya sehingga mencantumkan fikiran-fikiran di sebalik penulisan itu ke dalam suatu buku (dan kini dalam satu aplikasi mobile) – untuk menyatakan misteri dan rahsia besar yang sebelum ini tersembunyi bagi semua generasi dari permulaan ciptaan tetapi sekarang ini telah dan sedang dinyatakan melalui nabi kepada jemaatnya.

 

Dan kita adalah generasi bertuah yang mendengarnya langsung melalui pembacaan terus. Kita adalah generasi yang mendekati akhir zaman yang akan bergegar dengan kejutan dan keajaipan luar biasa pernyataan kuasa Firman.

 

Jadi janganlah hairan bila kuasa kuasa Firman menggoncang iman dan menghancurkan jiwa jiwa.

 

Kuasa Firman akan dinyatakan dengan luar biasa tahun 2015 ini.

 

Dan kami di SIB Kovenan ingin memulakan tahun 2015 ini dengan menyelam di dalam Firman itu.

 

Ia bukan saja hidup tetapi berkuasa menyelamatkan manusia oleh Roh. Ia sangat berguna dan bermanfaat untuk mendidik kita dalam kebenaran supaya diperlengkapi untuk melakukan perbuatan baik.

 

Mari juga semua anda mengenali Sang Pencipta di balik Alkitab – iaitu Allah yang kita sembah dan puji.  Bagi Dia segala kemuliaan, hormat dan kuasa. Kita yang berada di dalam Dia akan turut mengalami semua yang ada padaNya itu – kemenangan dalam pencubaan, penderitaan, penganiayaan dan kemuskilan pelbagai dimensi. Yang bertahan sampai akhirnya akan memperoleh apa yang dijanjikanNya.

 

Kemenangan yang ada padaNya adalah kemenangan yang turut mengalahkan maut. Jadi, kuasai dirimu dan bertindaklah dengan kuasaNya yang akan dinyatakan RohNya melalui FirmanNya, yang ada di mulut kita.

 

Serukanlah namaNya dengan auman Singa Yehuda dan sorak sorai luar biasa.

 

Salam/shalom/selamat.

Members Area

Ahli (Rawak)

Recent Forum Posts 

Photo Gallery

Video

No recent videos
Thank you for contacting us. We will get back to you as soon as possible
Oops. An error occurred.
Click here to try again.