Tiga lu' nai

You are visitor number:          

TRANSFORMASIKAN INSTITUSI KELUNAN SEE'

Peredaran masa mempamerkan perubahan dalam serba serbi, Lanskap kehidupan lebu’ yang dulunya sangat homogenous kini menjadi sangat pelbagai mengikut alur formasi dunia sejagat. Kita bukan sahaja bertambah ramai jumlah dan banyak warna kulit tetapi jelas menyaksi variasi dalam kepelbagaian kegiatan, profesion, kepercayaan, pandangan serta  taraf hidup. Ringkasnya, kita seperti juga masyarakat lain di seluruh dunia sudah berubah kompleks dan harus mengakui bahawa perubahan yang telah dan sedang berlaku pada dan di kalangan kita perlu diharungi dengan pendekatan baru.

 

Di sinilah letaknya cabaran utama yang mesti disedari semua ahli lebu’ yang telah terdedah kepada perubahan— jenis kepimpinan yang mesti ada pada kita untuk mendukung perjalanan kita semua ke hadapan.

 

Tulisan ini adalah saranan ‘educational’ untuk dijadikan bahan pertimbangan sekiranya kita menginginkan kepimpinan lebu’ yang relevan dengan peredaran zaman namun tetap mengukuhkan institusi ‘pemerintahan’ lebu’.

 

Mari kita perhatikan senario institusi kelunan see” sebagai badan pemimpin tradisi waktu ini.

 

  1.  Pemimpin lebu’ sekarang dikenali dengan nama baru—Maren Uma’ (MU) mengikut gelaran pangkat yang diberi oleh pemerintah setelah digelar sebagai Tua Kampung suatu ketika dahulu. Ertinya pemimpin lebu’ masih berada di bawah pengaruh tradisi bangsa lain sehingga tidak berupaya mengekalkan kemurnian tinggi darjat pemimpin kita sendiri. Ertinya pemimpin masyarakat lain telah kita terima lebih tinggi paren mereka dari paren lebu’ kita
  2.  Yang dulunya Tua Kampung dan kini Maren Uma’ tidak mempunyai timbalan. Ini adalah lakaran sejarah kita dan akan menjadi perbualan generasi hadapan untuk bertanya kenapa tiada barisan pengganti yang terus mengambil alih? Begitu ‘miskin’ dan ‘tidak layak’ barisan belia lebu’ kulit untuk menjadi pemimpin lebu’?
  3.  Yang dahulunya Tua Kampung mempunyai barisan pemimpin sekutu (co-leaders) yang dipanggil Tua Uma’ yang jelas kedudukan mereka. Setelah lebih 10 tahun berpindah ke Asap, kedudukan ini seperti telah hilang walaupun pada hakikatnya ada 14 buah deret rumah panjang yang dipanggil ‘blok’ wujud di sini. Mengapa peranan mereka seperti tidak kelihatan? Ini sekaligus membayangkan tahap dan mutu serta keprihatinan kepimpinan institusi kelunan see’ untuk berfungsi wajar.
  4.   Maren Uma’ mengatur adet melalui peranan ‘pegawa’ sebagai pengantara dan penguatkuasa. Kumpulan pegawa ini pula berada di dalam organisasi JKKK di bawah Biro Adet di mana Ketua Biro akan perlu melapor kepada JKKK serta institusi Kelunan see’ dengan Tua Kampung sebagai Ketua Umum.
  5.   Peranan dan pelayanan ketua blok tidak begitu jelas dalam pentadbiran lebu’.
  6.   Posisi dan fungsi Tua Kampung tiada pentadbir dan tiada pejabat
  7.   Institusi kelunan see’ tidak memiliki ‘connection’ dengan komuniti anak lebu’ di luar kampung sehingga wujud jurang pisah tiada komunikasi. Ini suatu isu yang harus ditangani.
  8.   Peranan institusi kelunan see’ lebih dan menekan aturan mengendali ‘adet’ dan ‘ukum’ semata dan ruang kosong wujud dalam hal pembangunan sosial (belia) dan hubungan luar. Ini antara punca kepada tiada peralihan dalam pucuk kepimpinan seperti yang wujud sekarang.
  9.   Keahlian dalam insitusi kelunan see’ begitu samar dan kurang dimengerti.
  10.   Pegawa sebagai golongan penggerak tradisi kelunan see’ diberi saguhati (yang baru baru ini disampaikan dihadapan umum) sebagai penghargaan jasa dan khidmat.
  11.   Pandangan dan penilaian umum kelunan kadu’ terhadap institusi ini agak rendah disebabkan banyak faktor.


 Untuk perkara di atas inilah lebu’ harus berpandangan luas dan terbuka untuk mengubah keadaan. Transformasi menjadi wajar.

 

Dalam konteks Lebu’ Kulit yang jumlah penduduknya telah membonjol menjadi ribuan orang dan semakin bertambah saban waktu, fungsi Tua Kampung perlu diperluaskan dan diperkemaskan dengan memberi fokus tambahan terhadap Pembangunan Sosial (Belia) dan Hubungan Luar, bukan hanya berperanan mengatur dan mengurus adet semata. Ini adalah sejajar dengan keperluan peredaran keadaan semasa.


Dengan lebih 14 blok rumahpanjang di Sungai Asap dan pelbagai cawangan di seluruh negara, peranan Tua Kampung terlalu berat untuk dipikul solo walaupun dengan seorang timbalan yang sehingga tulisan ini dipaparkan masih belum dipilih.

 

JKKK pula adalah badan berasingan yang tidak boleh menggantikan institusi kelunan see’. JKKK mempunyai set peranannya tersendiri, berbeza dengan institusi ini.

 

Saya menyarankan supaya lebu’ memantapkan institusi Tua Kampung menjadi lebih padu, kukuh, menyeluruh dan kemas  sesuai peredaran masa yang memerlukan sistem pentadbiran kampung lebih cekap dan berkesan.

 

Kita perlu memilih 3 orang timbalan TK untuk memegang peranan khusus seperti di bawah.

 

Saranan saya termasuklah juga supaya:-

 · Posisi dan fungsi Tua Kampung pertamanya harus mementingkan kerajaan Tuhan dengan sikap melayani. Keturunan nama adalah suatu bonus walaupun ia tidak relevan dalam zaman ini.

 · Posisi dan peranan Tua Kampung harus dibantu dengan 3 orang timbalan yang berkeupayaan dengan tanggungan potfolio khusus. Kepimpinan lebu’ harus mengamalkan konsep sinergi kerja dan amalkan kepimpinan ‘tanggung bersama’ dan telus.

 · 3 orang timbalan akan masing masing mempunyai bidang khusus seperti berikut:-


· Adet—Timbalan 1

 · Pembangunan Belia—Timbalan 2

 · Hubungan Luar—Timbalan 3


· Institusi Kelunan See’ harus memiliki sistem kerja berpejabat dengan urusan pentadbiran yang lengkap


· Ketua Blok menjadi ahli wajib di dalam institusi kelunan see’ dalam membentuk dasar pengurusan lebu’


· Semua Pengerusi Biro JKKK adalah ahli wajib institusi kelunan see’.


· Setiap cawangan komuniti lebu’ kulit di luar kampung memilih ketua masing masing dan mendapat kerusi dalam institusi kelunan see’ sebagai pembentuk dasar lebu’


· Penghargaan pelayanan harus dipertimbang untuk semua pegawa, ketua blok dan ketiga timbalan Tua Kampung —yang akan diputuskan oleh institusi kelunan see’


· Majlis Tertinggi di dalam lebu’ yang menentu, memutus dan meluluskan dasar berkaitan undang undang, estet, harta, warisan, dana komunal terletak pada institusi kelunan see’. JKKK adalah badan pelaksana dasar dan penggerak kegiatan dan rancangan pembangunan.


· Institusi kelunan see’ memiliki akaunnya tersendiri yang mesti diaudit dan diluluskan oleh Majlis Tertinggi Lebu’.


 Timbalan 1 - Adat Istiadat

 1. Membantu TK dan bekerjasama dengan JKKK dalam pembentukan undang undang kecil adet lebu’ melalui suara ketua blok/ketua uma’/ketua cawangan/JKKK

 2. Menguatkuasa adet lebu’ sejajar dengan konsep keadilan, harmoni dan ketegasan

 3. Memanggil mesyuarat  sekurang-kurangnya sekali setiap dua bulan untuk melaporkan kepada lebu’ tentang adet istiadat lebu’

 

Timbalan 2 – Pembangunan Sosial (Belia)

 Membantu TK dan bekerjasama dengan JKKK dalam hal pembangunan belia  lebu’ termasuk menjadi penasihat kepada pemuda/I untuk:-

 a. Menggerakkan penglibatan belia dalam aktiviti lebu’

 b. Merangsang penyatuan dan kesatuan belia

 c. Mencipta peluang kepada belia untuk membentuk ketrampilan diri melalui program-program sosial 

d. Melatih belia sebagai bakal pemimpin

 

Timbalan 3 – Hubungan Luar

Membantu TK menjadi penghubung antara lebu’ dengan agensi  agensi luar, jabatan-jabatan kerajaan, syarikat syarikat swasta dan cawangan cawangan lebu’ kulit di mana mana dengan tujuan:


  1. mencipta dan menjalin hubungan kerjasama untuk kepentingan ekonomi dan pembangunan
  2. menganjur lawatan lawatan pendidikan / pendedahan
  3. mempromosi budaya melalui penyertaan langsung 


Contoh aktiviti hubungan luar –jalinan kerjassama dengan :

 Sesama Kenyah / suku lain

 Sarawak Hidro

 Ladang Sawit

 Jabatan Kerajaan

 Tebengang Lung (Indonesia)

 Cawangan Lebu’ (Luar Kampung)

 Long Jawe

 Lain lain


 Contoh hubungan luar – promosi budaya:

 Pesta Budaya

 Pertunjukan Sukarela (mencipta peluang senndiri)

 (Kutipan Dana)

 (Kraftangan)

 Rakaman Video

 

Contoh hubungan luar – lawatan luar:

 Trip Veteran Luar Kota

 (eg. KL / Pantai Similajau)

 Trip pendidikan

 (Ladang / Swasta, dll)

 

Institusi kelunan see’ adalah satu satunya keunikan budaya lebu’ kulit yang menjadi kekuatan jika ia mampu berfungsi dengan wajar. Saranan saraanan di atas adalah untuk tujuan jelas – agar lebu’ memiliki barisan pemimpin yang berkesan.

 

Jika anda mempunyai pandangan tambahan, sila hubungi saya atau hantarkan mesej ringkas melalui laman ini.

 

Semoga damai sejahtera dan kasih kurnia Tuhan akan mencurah curah memberkati umatnya di lebu’ ini.

 

Sekian.



Tanpa wahyu, rakyat menjadi liar

Members Area

Ahli (Rawak)

Recent Forum Posts 

Photo Gallery

Video

694 views - 0 comments
1165 views - 4 comments
Thank you for contacting us. We will get back to you as soon as possible
Oops. An error occurred.
Click here to try again.

Tanpa wahyu, rakyat menjadi liar