URIP MARING

PRINSIP MENGIKUTI YESUS

5/1/2015

Peringatan dan pesanan untuk LKT sampaikan kepada jemaat.

 

Mat 16:24

Lalu Yesus berkata kepada murid-murid-Nya: "Setiap orang yang mau mengikut Aku, ia harus menyangkal dirinya, memikul salibnya dan mengikut Aku.

 

Tuhan tidak akan membiarkan umatnya terbuai dan menyimpang tanpa diberi peringatan dan pesanan pesanan khusus.

 

Prinsip kehidupan umat yang adalah pengikut dan pemilik Kristus disusun baik dalam ayat di atas ini.

 

Pertamanya

– mempunyai kemahuan, keinginan dan kehendak mendalam yang sungguh sungguh dan ikhlas murni untuk bersama, dimiliki, dikenali sebagai kepunyaan Tuhan. Dalam ayat ringkas – kalau kita serious untuk menjadi orang Kristian, ada harga dan ketentuan syarat

– Setiap orang yang mahu mengkut Aku.

 

Kedua

 – melepas, membuang, tidak mahu ada apa apa kaitan dan hubungan atau enggan menuruti apa yang dicita cita dan diingini diri sendiri. Maksud ringkasnya adalah hilang identiti diri. Tiada lagi unsur dan bibit menonjol diri.

 – ia harus menyangkal dirinya

 

Ketiga

 – Menerima, merangkul, menghayati, mendalami serta akur dan redha kepada situasi dan keadaan yang diberikan Tuhan, memikul semua beban, kemuskilan, kesusahan, perit dan masalah yang datang semasa berjalan dalam jalan Tuhan yang baru baginya

 – memikul salibnya.

 

Keempat

– meniru dan mengaplikasi tatacara, nilai serta piawai Yesus sendiri, melaku, melaksana dan menanggung segala sesuatu di dalam RohNya. Dalam perkataan ringkas : Yesus adalah contoh, fokus dan sebab untuk hidup. Yesuslah yang menunjuk arah, memberi pesanan dan arahan, mengajar sreba serbi. Diri sudah tidak ada dalam senarai hormat, mulia dan nilai.  

– mengikuti Aku.

 

 


Mari renungkan tipu helah Iblis yang mengajak lebu’ untuk menonjol diri melalui apa yang LKT secara silap sebelum ini menyebut sebagai ‘kekuatan dan keunikan’. Itu semua harus disalibkan dan ditinggalkan!

 

Untuk kita benar benar mengikuti Yesus sebagai pengikut dan hamba (yang dimiliki penuh tuannya), renung dan hayati harga dan syarat-syarat di atas ini.


 

Kasih kurnia Tuhan Yesus menyertai kamu sekalian dengan limpahnya.



Lebu Kulit Today

Members Area

Ahli (Rawak)

Recent Forum Posts 

Photo Gallery

Video

774 views - 0 comments
1323 views - 4 comments
Thank you for contacting us. We will get back to you as soon as possible
Oops. An error occurred.
Click here to try again.

Tanpa wahyu, rakyat menjadi liar