Tiga lu' nai

You are visitor number:          

MESEJ DAU MINGKU

Wahyu dan ungkapan segar setiap kali.


Fokus kehidupan kita sering tertumpu kepada perkara berikut


Kuasa

Kekayaan

Hikmat

Kekuatan

Hormat

Kemuliaan

Puji-pujian


Semua ini dicari oleh dunia. Semua ini ditawarkan dunia, kepada sesiapa yang ada di dunia, termasuk anda dan saya. 


Tetapi penyataan wahyu seperti yang diberitakan dalam AlKitab menggambarkan bahawa tumpuannya bukan pada kita.


Inilah intinya. Inilah isinya. Inilah buah sebenarnya yang mesti kita fahami.


Tumpuan semua ittu sebetulnya adalah untuk dan pada Dia yang telah ada, yang sudah ada dan yang akan datang. Dia adalah satu satunya yang layak menerima semuanya itu.


Dengarkanlah nyanyian sorak pekik perakuan tentang itu:


...suara banyak malaikat sekeliling takhta, makhluk-makhluk dan tua-tua itu; jumlah mereka berlaksa-laksa dan beribu-ribu laksa,


Katanya dengan suara NYARING:


“Anak Domba yang disembelih itu layak menerima kuasa, dan kekayaan, dan hikmat, dan kekuatan, dan hormat, dan kemuliaan dan puji-pujian!”


Dialah satu satunya yang layak membuka gulungan kitab dan membuka meteriai meterainya. Dia adalah singa dari suku Yehuda, iaitu tunas Daud yang telah menang. Dia adalah Anak Domba yang telah disembelih, bertanduk tujuh dan bermata tujuh.


Anda mengenalinya?


Semua makhluk yang di surga dan yang di bumi dan yang di bawah bumi dan yang di laut dan semua yang ada di dalamnya – turut memperakui bahawa puji-pujian, hormat, kemuliaan dan kuasa sampai selama-lamanya adalah bagi Dia.


Jadi, jangan sekali kali kita salah mengira kita layak dan patut menerima walau sebehagian daripadanya. Kita tidak layak. Malahan kita sepatutnya mulai mengakui dengan seluruh jiwa raga, tenaga, fikiran, daya, kekuatan tubuh dengan semua anggota kita untuk menyerukan bahawa cuma Dia sahaja yang layak.


Inilah senario yang sudah mulai dan sedang berlaku SEKARANG, dengan jemaat gereja dipanggil untuk ‘naik’ (Wahyu 4: 1) dan ‘dikuasai Roh’ (Wahyu 4:2).


Itulah wahyu itu. Fokus kewujudan, kehidupan dan ciptaan sesungguhnya adalah memuliakan Dia, yang olehNya segala sesuatu tidak akan ada, termasuk kita – anda dan saya.


“Naiklah kemari dan Aku akan menunjukkan kepadamu apa yang harus segera terjadi sesudah ini”.



Tanpa wahyu, rakyat menjadi liar

Members Area

Ahli (Rawak)

Recent Forum Posts 

Photo Gallery

Video

452 views - 0 comments
940 views - 4 comments
Thank you for contacting us. We will get back to you as soon as possible
Oops. An error occurred.
Click here to try again.

Tanpa wahyu, rakyat menjadi liar