Menantikan Tuhan

Pekena Tuhan


Isa 40:31

tetapi orang-orang yang menanti-nantikan TUHAN mendapat kekuatan baru: 

mereka seumpama rajawali yang naik terbang dengan kekuatan sayapnya;

mereka berlari dan tidak menjadi lesu,

mereka berjalan dan tidak menjadi lelah.


Maz 130:6

Jiwaku mengharapkan Tuhan lebih dari pada pengawal mengharapkan pagi,

lebih dari pada pengawal mengharapkan pagi.


Ada pengharapan bagi orang yang berharap dan menanti nantikan Tuhan.

Ni ê’ ke pekena ngan ke nebelom, kelu’ tegen ke ditê janji Tuhan.


Amsal 27:18

Siapa memelihara pohon ara akan memakan buahnya,

dan siapa menjaga tuannya akan dihormati.


Uvan ke pedena’ lu’ lu ‘melayan’ Tuhan.


Yesaya 64:4

Tidak ada telinga yang mendengar,

dan tidak ada mata yang melihat

seorang allah yang bertindak bagi orang yang menanti-nantikan dia;

hanya Engkau yang berbuat demikian.


Tuhan sedang bekerja bagi pihak mereka yang menunggu dan menantikan Dia.


Menanti atau menunggu bukan bererti berbaring dan bersikap pasif sepertinya tiada apa yang perlu dilakukan. Sebaliknya ia adalah sikap positif seiring dengan iman dan kasih yang bergerak maju kearah tujuan pengharapan – iaitu Kristus sebagai fokus, hala tuju dan matlamat akhir.


Ini membawa saya kepada peringatan ayat terdahulu dalam Wahyu 5 bahawa hanya Dia sahaja yang layak menerima

kuasa,

kekayaan,

hikmat,

kekuatan,

hormat,

kemuliaan,

puji-pujian


Saya mengarah tenaga, perhatian serta sumber saya untuk melayakkan Tuhan menerima semuanya itu, dalam saya menanti kedatanganNya tidak lama lagi ini.


Demikian juga kiranya anda. 


Selamat menantikan Tuhan.

Tanpa wahyu, rakyat menjadi liar