Membantah?

Penilaian saya.


Saya akan mengongsikan pemerhatian saya ke dalam 2 bahagian.

Pertama – perspektif kesahihan langkah SPR membuat cadangan pensempadanan.

Saya kira kerajaan negeri telah mencadangkan perkara yang sama dan pemimpin teratas negeri Sarawak telah dimaklumkan. Tugas dan tanggung jawab SPR antara lain pula adalah untuk merangka dan membuat persempadanan baru mengikut penilaian mereka. Jadi saya tidak nampak apa yang mereka buat ini sebagai tidak sah. Itu dari isu kesahihan langkah.

Kedua – sudut pandangan mikro – tentang cara pemecahan / pemisahan / pembahagian kawasan. Soalannya - mengapa Tubau dimasukkan ke dalam?

Saya jawab sendiri – mengapa tidak? Tubau adalah kawasan paling dekat dengan Sungai Asap melalui Sungai Jelalong yang hulunya adalah di permatang yang sama dengan Sungai Asap. Tubau dan Sungai Asap berkongsi jalanraya ke Bintulu. Memang dahulu kalapun, sebelum jalanraya ke Bintulu ada, orang Tubau melihat pasar Belaga sebagai pekan terdekat, lebih dekat dari Bintulu. Jadi adalah normal, biasa dan patutpun Tubau berkongsi kawasan dengan Belaga melalui Sungai Asap untuk berkongsi kawasan. Untuk ini saya sokong langkah SPR.

Memasukkan Tubau dan Asap ke dalam kawasan yang sama akan membuka luas perancangan ke depan yang besar bagi penduduk setempat. Tidak mustahil akhirnya akan terbit daerah pentadbiran baru di Tubau kalau bukan di Asap. Melihat kepada rupabumi dan keadaan topografi untuk pembangunan kawasan, saya kira Tubau memiliki potensi menjadi suatu bandar baru di pedalaman Sarawak.

Saya enggan menilik dan mencuri tengok langkah kemasukan Tubau ke Belaga dari lubang kecil helah politik untuk menambah penyokong penyokong parti. Itu bagi saya perkara kedua walaupun ada rasa rasanya pemimpin dan politikus akan membuat analisis kemungkinan (probability) mereka sendiri.


Mengapa pula Kakus dimasukkan ke dalam. Saya juga menjawab soalan sendiri. Mengapa tidak? Saya kira saudara-saudari di Data Kakus akan berada dalam senario terbaik untuk bersama dengan kita membulatkan suara menjadi lebih padu. Ingat bahawa penduduk Data Kakus asalnya adalah dari Belaga. Pengembalian Kakus ke dalam Belaga N57 saya lihat sebagai ikan pulang ke lubuk. Saya alu dan sambut gembira.


Bagaimana pula dengan kemasukan Merit (dari Pelagus) masuk ke Belaga? Merit akan menjadi faktor penentu kepada penyokong calon yang akan bertanding. Ini kerana Merit adalah rata ratanya pengundi Iban, sekaligus mengubah dan menurunkan pengaruh kekuatan suara orang ulu di Belaga. Namun saya kira Merit harus masuk kerana jumlah baki pengundi asal Belaga N57 setelah Asap dan Murum keluar adalah terlalu sedikit. Saya ingin menilai langkah persempadanan ini dari sudut rasional jumlah pengundi dan bukan komposisi kaum pengundi. Saya kira SPR tidak mahu menjadikan Belaga sebagai kawasan paling sedikit bilangan pengundinya.


Saya tidak ada sebarang bantahan untuk persempadanan di kawasan kawasan ini.


Tetapi lainlah pula ceritanya jika nama saya sebagai pengundi di Sungai Asap tiba tiba disenaraikan untuk mengundi di tempat lain. Ini saya akan bantah dan saya akan serukan untuk anda juga akan membantah sama jika perkara ini berlaku.


Adakah ia berlaku?

Members Area

Ahli (Rawak)

Recent Forum Posts 

Photo Gallery

Video

774 views - 0 comments
1323 views - 4 comments
Thank you for contacting us. We will get back to you as soon as possible
Oops. An error occurred.
Click here to try again.

Tanpa wahyu, rakyat menjadi liar