Hamba Kekudusan

Ketaatan Mencerminkan Diri Kita


Sepanjang hari kita berperkara dengan dua hal ini – dosa atau kudus.


Saya diperingatkan bagaimana kami di gereja akan berlutut, sampai juga telungkup meniarap mengatakan ‘kudus, kudus, kudus ……” semasa menyembah Tuhan seperti kefahaman kami tentang sebutan empat makhluk dalam Wahyu 4.


Itu adalah pengakuan, pengabdian, penyerahan serta lafaz bukan sahaja dengan mulut tetapi dengan gaya tubuh di dalam hadirat Tuhan bahawa Allah itu kudus – dan dengan kekudusan kami hadir di hadapanNya.


Kenapa harus demikian gaya kita menyembah?


Jawapannya bagi saya sangat ringkas – kerana itulah yang layak diterima oleh tuan (master) kita setelah kita mengaku menjadi hamba.


Rom 6:16
Don't you know that when you offer yourselves to someone as obedient slaves, you are slaves of the one you obey--whether you are slaves to sin, which leads to death, or to obedience, which leads to righteousness?


Mpei nem tisen un mu. Buk ikam lepek metep ke jadi ula’ neng sê dulu, ditê ikam ke jadi ula’ a niti – na’ pia uvan ke penyala’ ia’ ikam baya’ iti, ia’ ke ilan ikam pala’ urip ncê un tadan. Mengiri lu’ pa buk ikam uvan ke baya’ urip tunuk, ia’ ke ilan ikam ketai pala’ urip siu’.


Ayat ini menjelaskan dua bentuk penyerahan hidup – iaini penyerahan diri kepada hidup dosa yang membawa kepada kebinasaan atau penyerahan kepada hidup taat (dalam konteks surat ini – kepada hidup kudus) yang membawa kepada kebenaran.


Dalam hal yang sama, kita tiada pilihan selain dari hidup kudus untuk mencorak refleksi rupa kita yang sebenar. Ini kerana kita telah berkeputusan sebagai anak Tuhan untuk mengikuti Yesus dan berjalan bersama Roh Kudus.


Kita telah lahir baru sebagai ciptaan baru yang Tuhan tentukan sebagai baru dan layak untuk menerima janji janjiNya – bukan dalam keadaan lama yang berdosa tetapi sebaliknya dilayakkan kudus di dalam AnakNya. Ertinya di dalam pengorbanan Anak Domba dan pekerjaan Roh Kudus telah dan sedang menguduskan kita. Kita akan menyerah dan memilih taat kepada hidup kudus terus menerus.


Ini tidak bererti tiada pengaruh dan tentangan dan cubaan dari dosa. Sebaliknya dosa yang datang dari pelbagai sumber dan arah akan mengganggu hidup kudus kita. Itu sebabnya kita sangat memerlukan Roh Kudus untuk memenangi setiap cubaan yang datang dan muncul kekadang tanpa diundang.


Roh Kudus akan mengingatkan kita tentang rupa rupa dan akibat akibat dosa – untuk menjauhinya. Roh Kudus memampukan kita melangkah terus dalam kemenangan dari dosa. Dan jika kita dipimpin oleh Roh, maka kita tidak lagi terbelenggu oleh dosa yang membawa kepada kebinasaan.


Mari kita terus menyerah kepada Tuhan dengan berjalan terus dengan pimpinan Roh Kudus. Dengar suaranya hari ini. Patuh kepada panggilanNya. Apakah yang dikatakanNya pagi ini?


Jadilah hamba yang setia dan patuh kepada pimpinan, suruhan serta juga nasihat-nasihatNya. Dia mahu membawa kita kepada Allah yang penuh dengan janji diriNya – iaitu kuasa, kekayaan, hikmat, kekuatan, hormat, kemuliaan dan puji-pujian.


Di dalam menemui dan mengalami Tuhan, kita mendapat semua ini. Hadirlah di hadapan Tuhan bersama gerombolan sugawi hari ini untuk memuji Dia dan melafaz serta melaungkan 'kudus, kudus, kudus ......... Tuhan!'


Tuhan memberkatimu.

Tanpa wahyu, rakyat menjadi liar