Menyimpang atau Berpatah Balik?


Bapa-bapa rohani kita yang menginjili Lebu' Kulit mungkin tidak sedar bahawa Lebu' Kulit suatu hari akan menyimpang dari landasan iman dan ada yang akan berpatah balik kepada amalan-amalan tradisi mereka yang mereka lepaskan sebagai penghambat rohani suatu ketika dahulu.

Pengaruh dunia begitu menawan dan mengasyikkan sehingga tanpa sedar, Lebu' Kulit akan dibuai ambing ke lautan alam mereka sendiri. Roh Allah akan menarik diri kerana Lebu' Kulit yakin sangat menonjol diri dan mengenepikan peranan Roh Kudus. Mereka sudah tidak tahu di mana kerusi takhta Roh di dalam hidup mereka samada secara peribadi, kelompok keluarga mahupun komuniti.


Saya turut berada dalam hayunan ombak ini. Demikian kesemua umat lebu'. Masing masing memikir bahawa telah ada peningkatan dalam serba serbi padahal sebaliknya penurunan yang menyedih dan menyayatkan. Semua ini berlaku dengan rabun mata terbuka tetapi kabur dan tidak nampak jelas apa sebenarnya yang akan berlaku.


Punca kepada keadaan ini adalah kerana pengawal pengawal umat tidak tahu apa apa. Mereka adalah orang-orang buta. Masing masing orang semakin mengakar diri sendiri, mempamer muka sendiri sendiri serta menonjolkan keupayaan sendiri sendiri. Daging. Daging. Dunia. Dunia. 


Peringkat tertinggi menonjol diri sebagai komuniti apabila umat berfikiran telah mencapai dan mendapat label serta cap 'terbaik' antara orang lain. Perhatikan saja kegiatan kegiatan serta aktiviti anjuran lebu' kebelakangan ini.


Lebu' sedang dibuai hanyut oleh pengaruh duniawi yang sangat kuat. Lebu' sedang lemas tetapi menganggap itu adalah anjuran 'acara renang di lautan dalam'. Mereka menggeli melihat ombak ombak besar yang kini berada di atas kepala mereka yang semakin menghanyutkan dan akan membaham mereka ........


Saya pernah memberi gambaran tentang perubahan yang bakal datang (sewaktu di Long Jawe) sebelum ke petempatan. Yang saya tidak tahu dan tidak pernah menjangka adalah kadar perubahan itu rupanya berlipat lipat ganda hebatnya. Ia berkait dengan tamparan kerakusan manusia dan tipu daya helah nafsu kemegahan lebu'.


Ini sedang melanda kita dan kita masih menganggap ia perkara biasa.


Andai saja bapa-bapa rohani pembawa injil kepada kita masih ada. Mereka mungkin akan terbungkam berpeluh sejuk melihat kita - kerana injil dan ajaran Kristus kita telah sempelekan. Di tempatnya telah kita letakkan nama kita masing masing. Di mana sepatutnya duduk takhta Tuhan kita gantikan dengan diri kita masing masing. Kita menonjolkan diri dan lebu'. Kita meninggikan diri sendiri dan lebu'. Kita mengagungkan diri dan lebu'. Kita mempamerkan lebu' atas nama diri sendiri.


Roh Kudus menyepi disepikan.


Apinya semakin kecil seperti mahu padam selamanya. Dan Bapa memerhati dengan sangat cemburu.


Lalu apa (bukan siapa) yang akan menyedarkan kita? Perlukah Bapa mengayunkan rotan pengajaran untuk menghardik dan menampar kita sehingga tangisan kita tidak akan ada girangnya?


Marilah renungkan ini kerana LKT terbeban untuk menyatakannya.


Sekian.


Renungkanlah firman-firman Tuhan mengenai harga penyelamatan, jalan salib, penyangkalan diri (hilang identiti) dan pengawal umat yang buta.



Members Area

Ahli (Rawak)

Recent Forum Posts 

Photo Gallery

Video

452 views - 0 comments
940 views - 4 comments
Thank you for contacting us. We will get back to you as soon as possible
Oops. An error occurred.
Click here to try again.

Tanpa wahyu, rakyat menjadi liar